ARTIKEL

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya di kawasan itu siap sepenuhnya.

Projek itu ialah kerja menaik taraf jalan Rumah Nyanggau Bandak di Sungai Meradong, Rumah Merejai Epan di Sungai Meramat, Rumah Jugo Gait di Sungai Petai, Jalan Yuk Leng di Sungai Labas, dan Jalan Mai Chiung di Sungai Labas.

Ahli Parlimen Sarikei, Datuk Seri Huang Tiong Sii, berkata permohonan bagi pelaksanaan projek tersebut dikemukakan beliau kepada Pejabat Pembangunan Negeri selepas mendengar aduan penduduk di kawasan berkenaan.

“Saya juga turun padang meninjau sendiri keadaan jalan raya di kawasan itu dan memang wajar ia dinaik taraf demi keselesaan penduduk,” katanya kepada media hari ini.

Penyerahan ringkas beberapa projek siap di Bintangor pada hari ini.

Dalam pada itu, wakilnya, Gung Chiu Kion, berkesempatan menghadiri dan menyaksikan Majlis Pengesahan Siap Kerja Projek Mesra Rakyat (PMR) pada hari ini.

Hadir sama, pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat P.208, Sia Huong Chuong dan Wong Soon Mee, serta Jurutera Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Zon Sri Aman, Betong dan Sarikei.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU