ARTIKEL

Razi (enam kanan) bergambar bersama para penerima geran MRP. | Foto: UKAS

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan.
 
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Mohammad Razi Sitam, berkata tiga projek kini giat dijalankan.
 
“Antara projek yang dijalankan adalah penambahbaikan Klinik Kesihatan Debak di bawah Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).
 
“Selain itu, kita juga dalam perancangan untuk membina jalan baharu dari Rumah Panjang Budak ke Debak Laut.
 
“Pejabat Daerah Kecil Debak yang baharu pula kini dalam pembinaan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah-Rumah Panjang DUN Saribas di Pusat Khidmat DUN N.35 Saribas di sini semalam.
 
Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas itu, beliau juga akan mempertimbangkan beberapa permohonan JKKK rumah panjang yang meminta penambahbaikan kemudahan, baik dari segi kemudahan parkir dan infrastruktur asas.
 
Pada majlis tersebut, Datuk Mohammad Razi telah menyerahkan cek sumbangan MRP kepada 14 JKKK rumah panjang yang terdapat di kawasan DUN Saribas.
 
Menurutnya, sumbangan keseluruhan sebanyak RM98,000 ini telah diserahkan kepada setiap ‘tuai rumah’ yang telah hadir pada sesi penyerahan tersebut.
 
“Sumbangan ini ialah untuk membantu setiap JKKK rumah panjang membuat persiapan bagi Perayaan Hari Gawai yang bakal disambut tidak lama lagi,” jelasnya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

PKR Kelantan wujudkan NGO Anak Muda MADANI

PASIR MAS, Kelantan: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kelantan akan membentuk satu badan bukan kerajaan (NGO) khas yang dikenali sebagai Anak Muda MADANI bagi menyantuni golongan

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit