ARTIKEL

Projek pembangunan komersial lonjak ekonomi penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek pembangunan komersial di kawasan Selidu-Gedong, Simunjan bakal melonjakkan ekonomi penduduk setempat, khususnya golongan usahawan.

Menurut Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) iaitu selaku agensi pelaksana, projek yang meliputi kerja-kerja pembinaan medan selera, industri kotej dan pasar tamu itu menelan kos sebanyak RM16.3 juta dan dijangka siap pada suku kedua 2025.

“Projek infrastruktur itu dibangunkan di Blok 8 yang merupakan sebahagian daripada pembangunan komersial di Simunjan dalam Pakej A.

“Manakala Pakej B melibatkan pembinaan 10 unit rumah kedai dua tingkat dan 10 unit kedai mini dua tingkat, yang dimulakan pada suku keempat tahun ini,” kata LCDA dalam satu kenyataan sempena majlis simbolik penyerahan tapak projek berkenaan.

Majlis itu menyaksikan Pemangku Pengurus LCDA, Kusyairi Bostani menyerahkan projek tersebut kepada wakil syarikat kontraktor Kejuruteraan Janje Sdn Bhd, Valeria Megumi Lainus.

Hadir sama, ADUN Simunjan Awla Dris, Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee, Setiausaha Majlis Daerah Simunjan Mohd Rizal Zakaria dan wakil Pegawai Daerah Simunjan Mohd Raili Jawawi.

Selain pembangunan komersial, LCDA turut melaksanakan projek pembangunan perumahan dan dewan serba guna di tapak seluas 8.68 ekar yang masih dalam peringkat akhir untuk kelulusan bagi proses reka bentuk.

Cadangan projek itu melibatkan 31 unit rumah sesebuah (870 kaki persegi seunit), dewan serba guna (5,020 kaki persegi) dan kerja-kerja infrastruktur seperti jalan raya, saliran dan retikulasi air.

“Pelaksanaan projek itu bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan pekan Simunjan yang melonjakkan kegiatan ekonomi kawasan terbabit apabila usahawan tempatan berpeluang memiliki premis perniagaan sendiri,” katanya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

Bejimat pulai ke menua maya pemisi Gawai

KOTA SAMARAHAN: Sepenyampau 66 ketapu pengelikun udah disua ngagai mensia mayuh nyengkaum ketapu pengelikun ungkup nembiak mit ba jalai Palan Bedaja Kaunsil Mengeri Kota Samarahan