ARTIKEL

Projek Pembesaran Kampung Sungai Maong-Segedup bakal manfaatkan 300 keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skim Pembesaran Kampung (SPK) yang bakal dibina di antara Sungai Maong dengan Segedup dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 300 keluarga dari kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Satok.

Adun Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, usaha tersebut adalah untuk menampung pertambahan jumlah penduduk dan menyediakan kediaman bagi keluarga generasi kedua khususnya golongan B40 di kawasan itu.

Menurutnya, butiran terperinci melibatkan pelan pembangunan juga akan dimaklumkan selepas lawatan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dijangka pada 22 Febuari ini.

BERCAKAP… Ibrahim bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Taklimat Khas Bantuan Kewangan Mutiara Mortgage & Credit di Dewan SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, di sini, hari ini.

“Kita telah mengenal pasti tapak untuk pembinaan SPK iaitu di antara kawasan Sungai Maong dengan Segedup.

“Projek pembesaran kampung ini juga akan melibatkan kira-kira 300 keluarga dari kawasan Satok khususnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Taklimat Khas Bantuan Kewangan Mutiara Mortgage & Credit di Dewan SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan, di sini, hari ini.

CENDERAHATI… Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Abdul Samat Gany (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Ibrahim.

Dalam pada itu, Ibrahim sebelum ini juga memaklumkan Abang Johari sewaktu mewakili Dun Satok telah mengenal pasti kawasan Sungai Maong dan Segedup untuk membina kawasan perumahan mampu milik.

Ibrahim juga ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada Persidangan Dun tahun lalu memohon agar pelaksanaan projek tersebut dapat disegerakan demi kepentingan rakyat di kawasan Satok.

Sementara mengenai program tersebut semalam, beliau memberitahu ia merupakan satu usaha baik untuk menyampaikan maklumat dan menjelaskan kepada peringkat akar umbi mengenai inisiatif yang dilaksanakan Kerajaan Sarawak.

Katanya lagi, ia juga penting kerana segelintir masyarakat mungkin mengetahui kewujudan pelbagai inisiatif tetapi kurang memahami prosedur permohonan dan sebagainya.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit