ARTIKEL

PROJEK PENGANGKUTAN DARI TEBINGAN KUCHING KE SINIAWAN SIAP 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Sistem Pengangkutan Sungai dari Tebingan Kuching ke Pekan Warisan Siniawan di Bau, dijangka siap 2027.

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Henry Harry Jinep berkata penyiapan projek itu juga tertakluk kepada kelulusan pembiayaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Beliau berkata, pada masa ini kajian navigasi dijalankan dan disiapkan hujung suku kedua tahun ini.

“Aspek penting kajian ialah mengenal pasti saluran pelayaran paling selamat, kawasan cetek yang berbahaya di sungai, lokasi menarik pengunjung serta mengenal pasti lokasi sesuai untuk jeti di sepanjang laluan dari Kuching Waterfront ke Siniawan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapannya kepada soalan Miro Simuh (GPS-Serembu) yang ingin mengetahui status terkini projek itu semasa sesi soal jawab pada sidang DUN hari ini.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU