HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Projek perparitan di RPR Batu Kawa akan diteruskan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Lo ketika ditemu bual wartawan FOTO: Alief Noni
Lo ketika ditemu bual wartawan
FOTO: Alief Noni

KUCHING: Projek menaik taraf sistem perparitan di Jalan Batu Kawa termasuk kawasan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) masih dijalankan, kata Lo Khere Chiang.

Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) itu berkata, peruntukan berjumlah RM100,000 turut diberikan untuk menjalankan projek tersebut di kawasan Taman Desa Wira.

Menurutnya, perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sebelum ini.

“Jadi, kita jalankan projek ini secara berperingkat. Saya bukan ‘Harry Potter’ dapat siapkan projek sedemikian dalam sekelip mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab berkenaan status sistem perparitan di kawasan RPR Batu Kawa susulan progres pelaksanaan belum kelihatan untuk tahun ini.

Lo turut memberi jaminan bahawa projek perparitan tersebut sudah diluluskan Premier Sarawak dan proses pelaksanaan akan diteruskan.

“Harap semua orang dapat bersabar kerana kerja ini kita buat secara berperingkat,” katanya ringkas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kitang itu menambah, projek rakyat seumpamanya juga akan diteruskan pada tahun ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

2 April 2023

Berita Terbaru

Menjinak AI

PAKAR fizik Oxford Stephen Hawking yang terkenal dengan tesis lubang