HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Projek rakyat diutamakan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

“Bekalan air bersih merupakan projek terbesar di kawasan Sare yang bakal memberikan manfaat kepada 835 penduduk.

Projek melibatkan rumah pam dan tangki air berkapasiti tinggi ini merangkumi 128 pintu daripada 11 rumah panjang.

Projek ini sangat penting dan sekarang masih dalam proses pelaksanaan.

Projek yang bermula pada 2020 itu, kini dalam peringkat akhir dan paling ditunggu-tunggu oleh penduduk.”

“Kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar (PKLB) sedang giat melaksanakan projek naik taraf jalan dan perparitan.

Manakala, projek yang sudah siap pula membabitkan naik taraf jeti nelayan bernilai RM250,000.

Saya bersyukur kesemua projek yang dilaksanakan ini memberi manfaat kepada penduduk, khususnya nelayan di kawasan saya.”

“Sememangnya banyak projek rakyat dilaksanakan di Sarikei, khususnya di kawasan Kampung Seberang.

Hari ini, kita bukan sahaja menikmati kemudahan sukan bertaraf moden, tetapi juga mempunyai jaringan jalan raya yang lebih baik.

Suatu ketika dahulu, jalan Kampung Seberang sesak terutama pada waktu puncak namun hari ini, keadaan sebaliknya.

Naik taraf jalan dan penambahan lorong membolehkan aliran trafik berjalan lancar.”

“Kami bersyukur mempunyai kerajaan yang benar-benar prihatin dengan keperluan rakyat.

Ini terbukti melalui pelbagai projek pembangunan yang dilaksanakan.

Antara projek terbesar termasuklah pembinaan jalan dan jambatan di Sungai Pasi ke Tanjong Manis.

Projek ini bakal memberikan impak besar kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Justeru, saya berharap kerajaan akan meneruskan pelaksanaan projek untuk kawasan yang sangat memerlukan kemudahan insfrastruktur.”

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

1 April 2023

Berita Terbaru