ARTIKEL

Projek Rosmari-Marjoram di Bintulu keluar gas pertama akhir 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Rosmari-Marjoram usaha Sarawak Shell Bhd dengan kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd di Bintulu, mengeluarkan gas pertama pada akhir 2026.

Projek Rosmari-Marjoram ini terletak 220 kilometer di luar pesisir Bintulu, dilengkapi saluran paip sepanjang 207 kilometer ke daratan.

Loji gas di darat turut membantu memastikan bekalan gas berterusan ke Kompleks LNG Petronas di Bintulu.

Projek yang dijangka mampu menghasilkan 800 juta kaki padu standard gas sehari itu merupakan antara projek terbesar Shell di Malaysia.

Bercakap pada majlis rumah terbuka Shell di Kuching, Pengerusi Shell Malaysia, Siti Sulaiman berkata, kedudukan Shell di Miri pula akan semakin besar dengan pindahnya ibu pejabat Shell di Lutong ke Miri Times Square menjelang akhir 2023.

BERITA LAIN

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC

BERITA TERBARU