ARTIKEL

SERAH PROJEK… Penyerahan projek daripada DID kepada kontraktor dilantik.

Projek tebatan banjir dilaksana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Sarawak iaitu projek tebatan banjir di beberapa lokasi di sini akhirnya dapat dilaksanakan.

Setiausaha Politik Premier, Kho Teck Wan berkata, projek tebatan banjir di bawah Rancangan Malaysia ke-11 itu akhirnya dilaksanakan selepas mengalami kelewatan dan banyak usaha mendesak pelaksanaan projek tersebut.

“Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) Datuk Ahmad Denney menyerahkan projek itu kepada kontraktor yang berjaya dalam mesyuarat yang diadakan.

“Dengan itu, ia menandakan permulaan projek dua tahun yang akan membantu mengurangkan banjir kilat akibat hujan lebat di kawasan berhampiran Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang dan Kuarters Persekutuan, serta Jalan Durian Burung.

“Pakej pelaksanaan projek tersebut termasuk menaik taraf longkang di tiga lokasi iaitu Hospital Umum Sarawak, Jalan Batu Lintang dan Kuarters Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook miliknya.

Katanya, projek tersebut sebelum ini diluluskan semasa pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum tahun 2016.

Namun begitu, beliau mendedahkan, ia mengalami kelewatan dan banyak usaha oleh menteri-menteri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendesak pelaksanaan projek tersebut.

Di samping itu katanya, kerjasama dan usaha oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian turut membantu mempercepatkan pelaksanaan projek tersebut.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU