ARTIKEL

Projek ternakan ikan sangkar tingkat ekonomi penduduk

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LAWAS: Projek Ikan Sangkar Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lawas di Kampung Noor Islam Laut bakal memberi manfaat dalam bidang akuakultur ternakan udang putih dan tilapia.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada program Community@SCORE RECODA yang melibatkan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan PNK Lawas.

Projek melibatkan lima sangkar ini menggunakan sistem tangki secara intensif, dengan objektifnya bukan hanya terhad kepada penghasilan ternakan sehingga satu tan setiap sangkar dalam tempoh empat bulan, tetapi juga mampu meningkatkan produktiviti.

Selain itu, kaedah ini juga memaksimumkan kecekapan ruang, menggalakkan pemuliharaan alam sekitar dan memastikan operasi yang mesra pengguna.

Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datuk Ubaidillah Abdul Latip baru-baru ini bersama-sama Pengurus PNK Lawas, Basran Sakmad dan Pegawai Penyelidik, Sebastian Paul Jokin turut mengadakan lawatan bagi melihat sendiri perkembangan projek tersebut dan menilai kebolehlaksanaan teknologi yang digunakan.

Inisiatif tersebut bermula sejak September 2023, bertujuan untuk memartabatkan ekonomi masyarakat tempatan.

Projek ini turut dipantau rapi oleh pihak PNK bagi memastikan kelestarian dan kualiti program tersebut. 

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU