ARTIKEL

Projek tiang bendera tertinggi: Kerajaan Sarawak hanya kenal pasti tapak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Peranan Kerajaan Sarawak dalam projek tiang bendera di seberang Tebingan Kuching hanyalah dengan mengenal pasti tapak untuk ia didirikan.

Itu penjelasan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, mengenai projek yang menimbulkan pelbagai spekulasi itu khususnya daripada pihak pembangkang.

Justeru, beliau mengulangi bahawa projek itu adalah dibiayai oleh sektor swasta sempena sambutan ulang tahun ke-60 Sarawak.

“Itu adalah cadangan daripada pihak swasta kerana mereka mahu menyumbang sempena kita menyambut ulang tahun ke-60 tahun ini.

“Kita (Kerajaan Sarawak) hanya kenal pasti tempat mereka memasang bendera,” katanya pada sidang media di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pejabat Premier menerusi satu kenyataan juga telah menjelaskan bahawa projek tiang bendera tertinggi di Malaysia itu akan dibiayai oleh sektor swasta sebagai sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena ulang tahun ke-60 Sarawak dalam pembentukan Malaysia.

Ia menambah projek itu akan menjadi sebahagian daripada infrastruktur pelancongan di Kuching.

Tiang bendera yang dicadangkan itu adalah setinggi 99 meter, iaitu empat meter lebih tinggi daripada tiang bendera tertinggi negara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Projek itu dijangka menelan kos kira-kira RM30 juta, sekali gus membangkitkan perdebatan mengenainya dengan pihak pembangkang, khususnya dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyifatkan sumber kewangan itu sebaiknya digunakan untuk rakyat.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU