NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan, beri laluan pilihan raya

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah telah memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, titah penamatan tersebut selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.

“Perlu diperjelaskan di sini bahawa Berdasarkan Seksyen 2 Ordinan Darurat (KuasaKuasa Perlu) (Sarawak) 2021, Proklamasi Darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Seri Paduka Baginda setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Tambahnya, perkenan Seri Paduka Baginda kepada penamatan Proklamasi Darurat adalah satu keputusan yang sukar dan rumit.

“Namun, ia diperkenankan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat dalam pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

“Sesungguhnya, Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengatasi sebarang kepentingan peribadi dan politik,” ujarnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru