ARTIKEL

Promosi bakat ke persada dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar digalakkan menyertai peraduan mereka bentuk poster bertemakan sejarah jerunei sempena penerbitan filem seram Sumpahan Jerunei.

Menariknya, poster yang diiktiraf sebagai pemenang akan dibawa bagi menyertai Festival Filem Antarabangsa bersama-sama pelakon filem terbabit.

Pengarah Eksekutif Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn Bhd Datin Dr Wendy Wong berkata, pertandingan bertujuan menggalakkan pelajar dan mahasiswa terlibat secara langsung atau tidak terhadap filem memaparkan lambang sejarah penting kepada Sarawak.

“Ia sekali gus membuka peluang kepada anak muda mengetengahkan bakat dalam bidang seni dengan lebih selain mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Usaha ini dilakukan untuk kita mempromosikan bakat anak muda di Malaysia khususnya Sarawak.

Selain itu, poster pemenang juga akan digunakan sebagai poster promosi kami untuk filem ini. 

“Dengan itu, saya ingin menggesa semua orang di sini untuk merebut peluang ini dan menunjukkan bakat anda melalui peraduan ini,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran peraduan di Sekolah Seni Kuching semalam.

Jelasnya, poster terbabit bagaimanapun akan dihakimi menerusi tiga peringkat yang terdiri daripada penonton, panel daripada pensyarah universiti dan profesional. 

“Kita akan mempunyai lima poster terbaik dari setiap universiti untuk diputuskan oleh orang ramai melalui Instagram Sumpahan Jerunei.

“Kemudian poster teratas akan dinilai oleh panel kami dari universiti yang mengambil bahagian.

“Akhir sekali, lima poster teratas akan diputuskan oleh pemenang anugerah profesional pereka poster,” jelasnya.

Katanya, juara akan menerima telefon pintar Realme 3 Pro serta wang tunai RM1,000 manakala naib juara sehingga pemenang tempat kelima akan menerima hadiah wang tunai serta cenderamata.

Pelajar yang berminat boleh melayari Instagram ‘sumpahanjerunei’ atau laman web Seni 2020 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai filem dan peraduan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU