ARTIKEL

Promosi Budaya KRAF BATIK MALAYSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR menerima kunjungan hampir 1,000 peserta. Program dianjurkan oleh syarikat luar dengan menjadikan destinasi perhentian Batik On Lah.

Locco dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menganjurkan fl ashmob atau perhimpunan awam Batik On Lah bersempena Bulan Batik Malaysia 2023.

Acara ini diadakan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 11 pagi hingga 3 petang, 10 Disember lalu.

Menurut Pengarah Locco, Shamsul Bahrin Zamuzzaman, Batik On Lah bertujuan memartabat dan memperkasa kraf batik di negara ini selepas kejayaan penganjuran Keretapi Sarong 23 dan Lenggang Kebaya. 

“Program ini meningkatkan lagi kesedaran dan penggunaan batik Malaysia dalam kalangan rakyat sekali gus memelihara seni warisan negara.

“Acara bermula di MRT Ampang Park sebagai tempat berkumpul kemudiannya bergerak menaiki kereta api ke MRT Conlay dan berjalan ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur sebagai tapak acara utama Batik On Lah pada tahun ini,” ujarnya kepada Suara Sarawak.

Tambahnya, antara aktiviti yang dilaksanakan ialah perkongsian tentang batik Malaysia, jualan kraf batik, pameran kraf, demonstrasi kraf batik, interaktif kraf, membatik, permainan tradisi dan persembahan kesenian.

“Pengisytiharan Hari Batik Malaysia dapat menaikkan semangat jati diri rakyat Malaysia untuk menghargai kraf warisan tempatan.

PROMOSI BATIK

“Kami juga cuba mempromosikan kraf batik dengan menarik perhatian anak muda berpakaian dan memperaga batik bukan sahaja melalui busana, tetapi juga aksesori batik yang boleh dipadankan dalam pemakaian,” katanya.

Difahamkan, sekitar 1,000 pengunjung menghadiri penganjuran julung kali Batik On Lah.

Menariknya, ada antara mereka yang sanggup datang dari Kota Bharu, Johor Bahru dan Senawang untuk bersamasama memeriahkan program.

Selain itu, Locco mengaktifkan kumpulan Telegram gangxdergang untuk memudahkan komunikasi komuniti Locco. 

BATIK RAHMAH

Acara ini disokong oleh RapidKL, Gienmarie Hotel & Golf Resort, Nyonya Batk, Jafi qa Couture, Batik Boutique, Steetmeet M, Karyaneka, Kolej Pengajian Seni Kreatt, UITM dan Mycraft shoppe. 

Pelbagai aktiviti diadakan yang turut disertai oleh peserta ini bagi memeriahkan suasana. 

Selain aktiviti kraf, para pengunjung juga berpeluang membeli baju batik Rahmah yang dipromosikan oleh Karyaneka termasuk tawaran 70 peratus potongan harga untuk produk terpilih sempena jualan hujung tahun yang berlangsung sehingga 7 Januari 2024.

LAIN-LAIN BERITA

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan

Pusat peranginan World Awana

TERLETAK hanya 35 minit perjalanan dari pusat bandar Kuala Lumpur, pusat peranginan World Awana merupakan destinasi terbaik percutian di sekitar Genting Highlands. Pusat peranginan ini

Junjung hak wanita

KEGANASAN terhadap wanita merupakan isu sejagat yang berlaku di seluruh dunia melangkaui batas agama, bangsa dan budaya Mangsa sering kali memilih untuk tidak melaporkan kekerasan

Lebih empat dekad kembara putera

TAHUN ini, Persatuan Penulis Utara Sarawak menjangkau usia 45 tahun. Mesyuarat penubuhannya berlangsung pada 7 Julai 1979 di Kelab Shell, Lutong. PUTERA didaftarkan secara rasmi

Bidar lukut merah Sukan air unik Mukah

SELAIN tibow, permainan bidar lukut juga salah satu sukan tradisi unik di Mukah. Bidar membawa maksud perahu, manakala lukut ialah daun yang digunakan untuk belayar.

Kenangan 70 pelajar khatam al-Quran

MAJLIS Khatam Al-Quran sebagai pemula acara yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Encik Buyong, Kuching pada jam 8.00 pagi awal bulan ini disertai 70 pelajar sekolah

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.