ARTIKEL

Promosi istimewa sempena ulang tahun ke-18 MR D.I.Y

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Kumpulan MR D.I.Y. (M) Berhad (MR D.I.Y.) yang menyambut ulang tahun ke-18 menyusun pelbagai acara, tawaran dan promosi menarik sepanjang bulan ini, seiring dengan janji “Always Low Prices”.

MR D.I.Y. dalam kenyataan memaklumkan ia sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan mereka sejak sekian lama.

Ketua Pemasaran MR D.I.Y. Alex Goh berkata tawaran diskaun hingga 30 peratus itu merangkumi bagi lebih daripada 60 produk pelbagai jenama di cawangan dan dalam talian sepanjang Julai termasuk perkakas, alat elektrik, barangan keperluan rumah, aksesori kereta, peralatan sukan, alat tulis serta makanan dan minuman. 

“Dua produk yang diberi tumpuan ialah soket sambungan 4-gang (5 meter) pada harga RM26.90 (harga biasa RM39) dan paip singki dinding fleksibel pada harga RM31 (harga biasa RM45),” katanya dalam kenyataan berkenaan. 

 Menurut Goh satu daripada peraduan menampilkan jongkong emas lima gram dengan rekaan khas MR D.I.Y. yang merupakan yang pertama bagi jenama berkenaan.

Goh berkata ia satu perjalanan yang mengujakan selama 18 tahun bagi MR D.I.Y. berkembang dari sebuah kedai tunggal sehingga menjadi simbol kejayaan runcit Malaysia pada hari ini.

Beliau berkata MR D.I.Y. tidak mampu mencapai kejayaan itu tanpa usaha berterusan lebih daripada 16,500 pekerja di seluruh negara dan sokongan serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi daripada pelanggan. 

“Bagi pihak Kumpulan MR D.I.Y., terima kasih atas sokongan anda terhadap kejayaan kami dan menjadikan kami sebagai sebuah ikon tempatan. Kami berjanji untuk terus melaksanakan misi kami sebagai peruncit pilihan ramai, menyediakan keperluan asas harian berkualiti yang diperlukan oleh rakyat Malaysia setiap hari, di lokasi yang mudah dikunjungi di seluruh negara yang ‘Always Low Prices’,” katanya.

Menurut kenyataan itu, berita baik lain ialah golongan belia yang layak untuk Kempen eBelia Rahmah RM200, mereka boleh menggunakan kredit eCash mereka di semua cawangan MR D.I.Y., MR. DOLLAR dan MR. TOY serta menerima pulangan tunai RM2 apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM40 menggunakan aplikasi e-dompet Boost dan Touch ‘n Go eWallet.

Kenyataan itu memaklumkan, MR D.I.Y. bermula sebagai sebuah perusahaan perkakas tradisional tunggal di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini dan pada masa ini MR D.I.Y mempunyai rangkaian yang terdiri daripada 1,100 cawangan dan boleh didapati di setiap negeri, dari bandar besar dan pusat pasaran hingga ke bandar kecil dan kampung. 

– Bernama

BERITA LAIN

Polis buru 10 ahli kumpulan jenayah terancang

KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan 10 individu disyaki terlibat dalam kumpulan jenayah terancang yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah di sekitar Selangor. Pengarah Jabatan Siasatan

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)