ARTIKEL

Promosi jualan di bawah satu bumbung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Lebih 20 peniaga berkampung serta mengambil bahagian dalam program Myy Makers Market di Bangunan Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Cawangan Miri, bermula kelmarin.

Program tersebut dianjurkan untuk memberi peluang kepada peniaga kecil beroperasi secara dalam talian di samping mempromosi serta menjual hasil jualan mereka di bawah satu bumbung.

Pelbagai produk jualan dipromosikan sempena program tersebut antaranya produk makanan, pakaian, perkhidmatan kecantikan diri dan sebagainya.

Selain itu, program ini juga membantu peniaga berinteraksi dengan pelanggan dari pelbagai tempat serta memberi peluang meningkatkan ekonomi usahawan tempatan.

Seramai 500 pengunjung terdiri daripada warga tempatan dari Sibu, Bintulu dan Miri serta Brunei hadir sejak Sabtu lalu bagi menyatakan sokongan terhadap program tersebut. Ini kali kedua program diadakan di bandar raya ini sejak diperkenalkan pada 2021.

Myy Makers Market siri kedua ini dirasmikan oleh Timbalan Datuk Bandar Miri Kaunselor Ariffin Mohamad yang turut melawat gerai jualan serta berinteraksi dengan peniaga dan pengunjung.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa teruja melihat semangat peniaga tempatan yang kreatif menghasilkan produk bagi menjana pendapatan terutama suri rumah.

Beliau berharap aktiviti sedemikian diteruskan pada masa akan datang.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU