ARTIKEL

Promosi kelestarian alam sekitar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengadakan pameran alam sekitar yang pertama bermula 29 April hingga 12 Mei ini di sekitar kawasan MBKS.

Pameran Make Climate Cool Again itu diadakan dengan kerjasama NakedWonders dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB). Datuk Bandar Kuching Selatan Datuk Wee Hong Seng berkata, program tersebut diadakan bagi menyebarkan nilai kesedaran dalam kalangan masyarakat terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

“Pameran ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan mempromosikan kelestarian alam sekitar di kawasan Kuching Selatan dan sudah tentu, juga ke kawasan lain. “Besar harapan kita agar semua lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam program diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media program tersebut di bangunan MBKS di sini, semalam. Menurutnya lagi, pihaknya cuba untuk mewujudkan sebuah tempat sehenti agar orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang isu berkaitan dengan alam sekitar.

“Selain itu, kita juga dapat meningkatkan kesedaran berkaitan perubahan iklim sekali gus, mendidik masyarakat untuk membuat perubahan yang lebih baik demi planet kita. “Untuk itu, kita dapat menggalakkan pembangunan yang lebih hijau, bersih dan mampan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, langkah pertama perlu dibuat agar ia dapat disambung dan diteruskan pada masa akan datang. “Jadi, kita mulakan dengan langkah kecil (pameran) ini untuk memberi impak positif terhadap masyarakat.

“Ia tidak akan terhenti setakat program ini sahaja. Tetapi, akan diteruskan supaya kesedaran untuk menjaga alam sekitar terus diambil serius,” ujarnya.

Sehubungan itu, program yang berlangsung selama seminggu itu akan menampilkan pelbagai aktiviti menarik, pameran dan bengkel berkaitan alam sekitar.

Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang, orang ramai akan menerima pelbagai input yang berguna untuk menjaga alam sekitar. Untuk rekod, program tersebut diadakan bersempena Hari Bumi pada 22 April lalu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU