Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Promosi keunikan Kuching, tujuh ejen pelancongan Singapura berkampung di sini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Tujuh ejen pelancongan yang berpangkalan di Singapura telah dipilih oleh Pejabat Pelancongan dan Perdagangan Sarawak, Singapura (STATOS) dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk lawatan suai kenal ejen pelancongan ke Kuching.

Tujuan ejen-ejen pelancongan yang dipilih berdasarkan komitmen tersebut datang ke negeri ini adalah untuk mempromosikan secara aktif pakej percutian Sarawak di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Chew Chang Guan berkata, mereka akan menyertai program selama empat hari bermula esok hingga Ahad.

“Program yang disusun bertujuan untuk menyerlahkan pengalaman menarik secara langsung yang terdapat di Kuching.

“Ia bagi pasaran di Singapura – seperti yang dikenal pasti dalam kajian penyelidikan pasaran pelancongan yang diterbitkan negara itu baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kumpulan lawatan itu diketuai dua pegawai daripada pasukan STATOS termasuk wakil daripada Broadway Travel, Muhibbah Travel, QQ Travel, EU Holidays, Going Places, Neway Travel dan Singatour.

“Memandangkan makanan merupakan salah satu jualan utama di Singapura, program berkenaan turut merangkumi jejak makan yang lazat dengan menawarkan pengalaman menjamu selera yang berbeza.

“Para peserta akan berpeluang merasai juadah tempatan seperti Laksa Sarawak, Mi Kolo dan Ais Kacang,” tambahnya.

Katanya, sepanjang berada di Kuching, para peserta juga akan dibawa melawat beberapa tempat menarik termasuk Pusat Pemuliharaan Hidupan Liar Semenggoh, Muzium Budaya Borneo, Pasar Malam Siniawan dan Kampung Budaya Sarawak.

 

 

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News