ARTIKEL

Promosi Miri ke mata dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Kerajaan Sarawak melalui Majlis Bandaraya Miri (MBM) komited dalam usaha untuk mempromosikan bandar raya ini di mata dunia. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, hasrat ini mampu direalisasikan melalui penganjuran pelbagai festival di sini bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung.

“Miri bukan sahaja kaya dengan flora dan fauna, tetapi juga dengan kepelbagaian etnik, festival muzik, kebudayaan, makanan, sukan, dan pelancongan kesihatan.

“Ramai orang datang berkunjung ke Miri terutamanya rakyat Brunei bagi mengunjungi festival yang dianjurkan khususnya Pesta Bubuk kerana mereka tidak dapat menemuinya di negara mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalannya Datuk Sebastian Ting sempena majlis perasmian Pesta Bubuk Miri 2024 di Tamu Batu 1 di sini, semalam. 

Dalam pada itu, katanya, Kerajaan Sarawak juga yakin matlamatnya bagi menarik lebih kurang empat juta pelancong ke Sarawak pada tahun ini akan dapat dicapai.

“Dengan pengambilalihan MASwing Sdn. Bhd. oleh Kerajaan Sarawak, serta naik taraf infrastruktur dan kemudahan di pusat tarikan pelancong, ia akan memberi keselesaan kepada pelancong.

Baca lain  KPDNHEP pastikan bekalan minyak masak mencukupi di pasaran

“Pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo, serta penglibatan daripada sektor swasta juga diyakini akan membantu para pengunjung untuk meneroka Sarawak termasuk Miri,” jelasnya.

Di samping itu katanya, langkah dan strategi yang lebih berani juga perlu diambil bagi mempromosikan bandar raya ini di peringkat antarabangsa sebagai persiapan bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.

Tambah Abdul Karim, dengan menumpukan kepada ekopelancongan serta mengutamakan pembangunan infrastruktur yang mampan, ia akan dapat mengimbangi pertumbuhan pelancongan dan keindahan semula jadi, serta meminimumkan kesan alam sekitar di negeri ini.

BERITA LAIN

127,295 orang bekerja sendiri mendaftar SKSPS

BUKIT MERTAJAM, Pulau Pinang: Golongan bekerja sendiri digesa mencarum Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) kerana ketika ini hanya 27.56 peratus atau 127,295 orang, daripada

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,