ARTIKEL

Karikatur: Ukee

PROMOSI PERCUMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan.

Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada kumpulan sasaran.

Contoh yang sering dilihat ialah pemberian sampel percuma, kupon diskaun, rebat, penajaan dan sebagainya.

Fungsinya hampir sama dengan pengiklanan iaitu untuk menarik pelanggan baharu dan mengekalkan pelanggan sedia ada. Objektifnya jelas untuk meningkatkan hasil jualan.

Bagi sesetengah situasi perniagaan, promosi dalam pengiklanan agak berisiko memandangkan melibatkan kos tertentu dan tiada kepastian untuk pulangan hasil.

Ramai usahawan memanfaatkan media sosial sebagai platform promosi percuma, namun ia tetap memerlukan jaringan sehingga ada yang melibatkan bayaran.

Contohnya, promosi menggunakan perkhidmatan pempengaruh atau selebriti media sosial untuk “membeli tontonan”.

Cara ini antara yang paling mudah memandangkan mereka mempunyai penonton tersendiri.

Dalam banyak jenis promosi, perkara yang paling menguntungkan dan berkesan ialah promosi percuma atau secara tidak langsung.

Contoh pemasaran percuma dalam konsep ekonomi hari ini melibatkan penggunaan media sosial seperti aplikasi X, Facebook, Instagram dan TikTok.

Namun, saya tertarik dengan situasi promosi percuma yang tidak disengajakan.

Baru-baru ini, tular berkaitan seorang wanita dikecam gara-gara memberi komen jelik hidangan laksa Sarawak di Facebook.

Tindakan wanita itu mengundang kemaharan sesetengah rakyat Sarawak kerana mengatakan hidangan tersebut berbau seperti jamu.

Dalam hantaran itu, turut disertakan gambar seorang wanita menutup hidungnya semasa menjamah makanan tersebut.

Walaupun hantaran tersebut dipadam dan akaun media sosialnya dinyahaktifkan, namun nama laksa Sarawak tetap mendapat carian dan dijadikan kandungan media sosial.

Sehari selepas tular, rata-rata masyarakat mencari laksa Sarawak dan permintaan terus meningkat.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai peniaga laksa Sarawak diserbu dan perniagaan mereka laris lebih awal.

Tindakan jelik wanita tersebut ternyata mempromosikan laksa Sarawak secara tidak langsung.

KERETA TERBAKAR

Situasi seterusnya pernah tular pada 2023 apabila seorang wanita bernama Danielle secara tidak sengaja mempromosikan cawan kedap atau “tumbler” jenama Stanley.

Situasi tersebut berlaku apabila kereta miliknya terbakar dalam satu kejadian, namun apabila diperiksa dan Danielle mengambil cawan Stanley, dia mendapati masih terdapat ais di dalam cawan tersebut.

Video dengan 96.7 juta itu mendapat perhatian pihak Stanley dan presidennya Terrence Reilly membuat video balas kepada Danielle untuk berterima kasih dengan promosi tersebut dan berhasrat menggantikan kereta yang hangus tersebut.

“Apa yang cawan anda harungi, saya tak boleh fi kir contoh yang lebih baik untuk membuktikan kualiti produk kami.

“Kami tidak pernah melakukan ini dan mungkin tidak akan melakukannya lagi, tapi kami mahu belikan kereta baharu sebagai ganti,” katanya dalam video tersebut.

Promosi secara tidak langsung Danielle amat menguntungkan pihak Stanley kerana mendapat puluhan juta tontonan dan pujian warganet tentang kualiti produk tersebut.

Kuasa tular ini sangat berkuasa dalam era globalisasi kini. Ketika ia mampu melonjakkan sesuatu perniagaan, ia juga mampu menguburkan perniagaan, bahan perniagaan yang kukuh.

Banyak situasi perniagaan jatuh akibat tular sesuatu yang negetif berkaitan perniagaan tersebut.

Justeru, kuasa tular ini boleh jadi sangat berguna dan sangat ditakutkan.

Mengambil contoh situasi lain, terdapat pengarah yang menjadikan situasi sebenar sebagai karya fi lem untuk mendapatkan promosi.

Filem Vina: Sebelum Tujuh Hari tular disebabkan jalan cerita yang dikatakan cerita benar dan kekal misteri kerana si pelaku tidak dapat ditangkap.

Disebabkan kesan promosi dan tular, perkara yang tidak dijangka berlaku.

Dilaporkan, salah seorang daripada pembunuh Vina yang sempat melarikan diri sejak lapan tahun lalu berjaya ditahan oleh pihak polis Indonesia.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy