ARTIKEL

Proses jadikan anak berdikari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENGAJAR anakanak berdikari penting untuk mereka melakukan pelbagai perkara tanpa bantuan dan lebih matang.

Salah satu matlamat utama ibu bapa adalah untuk mengajar anak-anak berdikari sejak kecil.

Kanak-kanak perlu berdikari bagi mengembangkan kemahiran, ketabahan, serta kekuatan dari segi fizikal dan mental mereka.

Ia memerlukan masa, usaha dan kepercayaan untuk membimbing anak berdikari.

BIAR ANAK MEMBUAT PILIHAN

  Biarkan kanak-kanak membuat pilihan merupakan cara terbaik untuk memperkasa, membina keyakinan, membuat keputusan serta mewujudkan rasa tanggungjawab dalam diri mereka.

Selagi ia tidak memudaratkan terhadap anakanak, mereka digalak membuat keputusan atau pilihan sendiri. Biarkan anak-anak membuat keputusan sama ada untuk memilih pakaian, mainan, makanan dan sebagainya.

Situasi membuat keputusan sendiri dan belajar daripada kesilapan merupakan salah satu cara terbaik mendidik anak secara semua jadi.

Lebih kerap amalan kanakkanak membuat pilihan untuk diri sendiri adalah lebih baik.

Tanya mereka sama ada mereka lebih suka ke taman permainan atau bermain di halaman rumah.

Cuba tawarkan dua atau tiga pilihan yang ibu bapa selesa lakukan. Ini turut membantu ibu bapa berkata “ya” bagi apa-apa pilihan mereka.

Anak-anak pasti berasa pilihan mereka juga betul dan tepat serta meningkatkan penghargaan kendiri dalam diri mereka.

BERI RUANG DAN MASA

Jangan menggesa anakanak melakukan sesuatu dengan cepat kerana ia boleh mengganggu emosi mereka.

Mereka juga memerlukan ruang dan masa untuk belajar menguruskan diri sendiri serta berkembang dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh, biarkan mereka membuat sesuatu dengan sendiri tanpa pengawasan ibu bapa seperti bermain, memakai pakaian, makan dan sebagainya.

Ia menggalakkan mereka mempunyai sikap berdikari dengan meneroka perkara baharu.

LIBATKAN ANAK-ANAK DALAM TUGASAN RUMAH

Galakkan anak anda melakukan tugas kecil seperti membersihkan mainan selepas waktu bermain, membantu menyimpan barangan atau mengemas bilik mereka sendiri.

Pastikan ibu bapa memberi anak-anak tugas yang bersesuaian dengan umur dan kebolehan mereka.

Kanak-kanak lebih bersedia untuk membantu apabila mereka berasa menyumbang kepada isi rumah dengan ikhlas walaupun hanya perkara kecil.

Tugasan tersebut hanya melibatkan perkara kecil yang boleh membuatkan mereka terbiasa.

Sebagai contoh, jika terdapat mainan berselerak di kawasan rumah, ajarkan mereka untuk kemas mainan tersebut agar mereka terbiasa mengemas.

Anak-anak akan menjadi lebih berdikari sekiranya ibu bapa membiarkan mereka memikirkan solusi dan bertindak tanpa memerlukan bantuan.

BERITA LAIN

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One

Periksa kesihatan percuma

PROGRAM pemeriksaan kesihatan percuma diadakan kepada ibu bapa, guru, termasuk pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Siol Kanan sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Siol

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Fokus kesedaran biodiversiti

PERTUBUHAN BangsaBangsa Bersatu (PBB) menetapkan 22 Mei pada setiap tahun sebagai tarikh mengingati dan menghargai kepentingan biodiversiti dalam kehidupan seharian. Ia diselaraskan oleh Sekretariat Konvensyen

Asah bakat kepimpinan

SEKOLAH Rendah Islam Al-Amin Bintulu mengadakan Program Kem Kepimpinan 2024 pada Sabtu lalu. Kem ini melibatkan pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas dan penolong ketua

Sarawak tanam 34 juta pokok

Salah satu punca konflik meningkat ialah kehilangan kawasan hutan dan ia dikaitkan dengan penularan penyakit zoonotik — penyakit daripada haiwan kepada manusia. Faktor lain seperti

BERITA TERBARU

Britain adakan pilihan raya umum 4 Julai ini

LONDON: Britain bakal mengadakan pilihan raya umum negara itu pada 4 Julai, kata Perdana Menteri Rishi Sunak. “Awal hari ini, saya menghadap Raja (Raja Charles

Fatin Afeefa undur diri

»FATIN AFEEFA lama tidak memunculkan diri dalam dunia hiburan ternyata nekad untuk mengundurkan diri kerana mentaati permintaan suaminya, Aliff Awang. Memetik media tempatan, Fatin mengambil

KUKUH HUBUNGAN NEGARA KOMANWEL

HARI KOMANWEL disambut bagi meraikan jalinan dan ikatan persahabatan serta sumbangan Komanwel ke arah keamanan dan keharmonian sejagat. Tahun ini, sambutan Hari Komanwel bertemakan One