ARTIKEL

Proses kemas kini maklumat rakyat dalam PADU masih dijalankan di semua kaunter NADI, dalam talian mahupun pejabat DOSM seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sarawak masih menjalankan proses mengemas kini maklumat rakyat dalam Pangkalan Data Utama (PADU) di semua kaunter di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negeri.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, DOSM Sarawak memberitahu penduduk negeri ini boleh hadir ke kaunter PADU yang dibuka di NADI dan juga jabatannya yang berhampiran.

“Pengemaskinian secara dalam talian juga boleh dibuat di laman sesawang PADU: www.padu.gov.my.

“Datanglah beramai-ramai untuk mengisi. Kerjasama dan komitmen daripada semua amat penting bagi menjayakan aspirasi Malaysia MADANI,” kata DOSM Sarawak dalam hantaran di Facebooknya, hari ini.

Dalam hantaran yang sama, jabatan tersebut turut berkongsi senarai kaunter fizikal PADU yang dibuka di seluruh negeri mengikut bahagian dalam tempoh 18 hingga 24 Mac ini.

Tambah DOSM Sarawak, Kerajaan Malaysia melancarkan platform tunggal sistem PADU itu pada 2 Januari lalu, bertujuan menjadi sumber ‘primer’ kerajaan dalam pengagihan subsidi dan penyaluran bantuan secara bersasar.

“Berbaki sembilan hari lagi menjelang tarikh akhir pengemaskinian PADU, diharapkan semua pihak dapat memberikan kerjasama penuh dalam menjayakannya.

Baca lain  Sarawak labur dalam tiga universiti untuk lahir tenaga kerja

“Oleh itu, semua rakyat negara ini yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu membuat pengemaskinian maklumat isi rumah dan profil individu di sistem tersebut,” ujarnya.

Kaunter pendaftaran tersebut dibuka di Bahagian Serian, Sri Aman, Mukah, Sibu, Sarikei, Kapit, Bintulu, Samarahan, Miri, Limbang, Betong dan Kuching.

Sementara itu, pejabat DOSM yang boleh dikunjungi terdapat di Kuching, Limbang, Miri, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman dan Sibu.

Orang ramai masih boleh meneruskan pengemaskinian PADU di tempat yang telah dinyatakan hingga 31 Mac ini.

Semalam, tular di media sosial satu memo daripada Residen Sri Aman kepada pegawai daerah dan pegawai tadbir di bahagian tersebut untuk dipanjangkan kepada ketua masyarakat dan ketua kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di kawasan masing-masing.

Residennya, Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, mengesahkan telah mengeluarkan memorandum yang meminta pentadbir bahagian untuk tidak mendaftarkan butiran dalam PADU dahulu hingga notis pemberitahuan dikeluarkan.

Beliau bagaimanapun menegaskan ia ditujukan kepada pegawai daerah dan pegawai tadbir di bahagian itu dan bukannya kepada orang lain di luar Sri Aman.

Baca lain  Bimbang kanak-kanak tidak patuhi SOP

Dalam perkembangan sama, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, memberitahu Sarawak mahu perkara itu dilihat dengan lebih teliti dan mendalam.

Jelasnya, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, telah diminta untuk meneliti perkara berkenaan.

BERITA LAIN

MAS sudah kembali beroperasi

KUCHING: Malaysia Airlines kini memulakan operasi pengembalian semula penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke dan dari Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan

Cubaan seludup 53 kotak lobak merah gagal

BAU: Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 53 kotak berisi lobak merah bernilai RM3,180 di Sektor Op Awas/Keris

Sarang tebuan dalam stor barang

LAWAS: Pihak bomba menerima laporan sarang tebuan bersarang dalam stor tempat penyimpanan barang malam tadi di sini. Sebaik sahaja menerima laporan pasukan operasi dengan kekuatan

BERITA TERBARU