Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Proses vaksinasi di Saribas dipercepat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

DEBAK: Adun Saribas Mohammad Razi Sitam yakin proses vaksinasi di dalam konstituensinya akan lebih cepat, susulan usaha pasukan vaksinasi yang bergerak ke kampung terpencil.

Katanya ini sekaligus menyelesaikan masalah dihadapi penduduk khususnya dari kawasan terpencil untuk mendapatkan suntikan vaksin, disebabkan kedudukan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang jauh dan kos tambang pengangkutan yang tinggi.

“Jadi apabila pasukan vaksinasi sanggup ke kawasan saya seperti Debak, Tuie dan Supa, saya yakin ini akan mempercepatkan proses vaksinasi di kawasan yang jauh di luar bandar,” katanya hari ini.

Menurut Mohammad Razi, PPV bergerak akan memulakan operasi di kawasannya di Dewan Perpaduan pada esok.

Jelasnya, PPV bergerak ke Debak dijangka akan memberikan sebanyak 1,000 suntikan vaksin dan selepas itu ke Kampung Tuie, yang dijangka memberikan sebanyak 600 suntikan dan seterusnya ke Supa.

Justeru, beliau berharap penduduk di kawasan-kawasan tersebut tidak mensia-siakan peluang berkenaan.

“Kalau sudah dipanggil atau mendapat janji temu, datang tepat mengikut waktu…tiada lagi alasan jauh dan perlu tambang besar serta sebagainya,” katanya.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang