ARTIKEL

Abang Johari bersalam dengan Lee Hohyeon semasa lawatan kerjanya ke Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea.

Prospek tingkatkan kerjasama tenaga boleh diperbaharui jadi fokus lawatan ke Korea

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEOUL, Korea Selatan: Prospek kerjasama tenaga boleh diperbaharui menjadi antara fokus lawatan kerja hari pertama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ke Korea Selatan, hari ini.

Beliau memulakan jadual perjalanannya dengan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea (MOTIE).

Dalam pertemuan selama sejam itu, Kerajaan Korea diwakili Timbalan Menteri Perdagangan, Industri dan Tenaga Korea, Lee Hohyeon.

Pelbagai aspek kerjasama antara Kerajaan Korea Selatan dan Kerajaan Sarawak telah dibincangkan.

Ia untuk meningkatkan kerjasama antara Korea dan Sarawak dalam ruang tenaga boleh diperbaharui.

Menteri Utiliti dan Komunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC), Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Hussain, turut hadir sama.

Pada sebelah petang, Abang Johari dan rombongan dibawa melawat loji jana kuasa Korea South-East Power Company (KOEN) Yongheung di Pulau Yongheung, selatan ibu kota.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU