Trending

Protes tanda solidariti Palestin seluruh dunia

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Protesters holding a banner reading "Palestine will win, for your freedom forever we will fight" as they take part in a demonstration to demand an immediate ceasefire in Gaza, on November 11, 2023 in Rennes, northwestern France. Thousands of civilians, both Palestinians and Israelis, have died since October 7, 2023, after Palestinian Hamas militants based in the Gaza Strip entered southern Israel in an unprecedented attack triggering a war declared by Israel on Hamas with retaliatory bombings on Gaza. (Photo by Sebastien SALOM-GOMIS / AFP)

LONDON/PARIS/ISTANBUL: Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.

Agensi Anadolu melaporkan orang ramai berkumpul di Hyde Park London bagi mengecam tindakan Israel dan kerajaan yang belum menyokong gencatan senjata di Gaza.

Sambil membawa bendera dan papan tanda Palestin dan melaungkan slogan pro-Palestin, ribuan peserta perhimpunan kemudian berarak menujuk ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Duta Palestin ke United Kingdom Husam Zomlot, bekas pemimpin Parti Buruh Jeremy Corbyn, Ahli Parlimen Parti Buruh John McDonnell serta wakil NGO dan kesatuan sekerja turut serta dalam National March for Palestine itu.

Di Paris, ribuan peserta mengadakan demonstrasi untuk mendesak gencatan senjata segera. Peserta memulakan bantahan dari Place de la Republique dan berarak ke Place de la Nation.

Mereka turut memakai Keffiyeh, selendang hitam dan putih simbol perjuangan Palestin selain memegang bendera dan slogan Palestin menuntut “gencatan senjata segera”, “bebaskan Palestin” dan

“Hidup Palestin”. Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat memberitahu BBC, Israel mesti berhenti mengebom Gaza dan membunuh orang awam.

Kenyataan itu dilihat sebagai titik perubahan dalam politik Perancis terhadap perang di Gaza dan disambut baik oleh rakyat dan tokoh-tokoh politik.

“Macron akhirnya menyebut ungkapan ‘gencatan senjata’ tetapi Paris mesti bersuara lebih lantang, terutamanya di Majlis Keselamatan PBB kerana Perancis adalah ahli tetap badan itu,” kata seorang Ahli Parlimen dari La France Insoumise (LFI), Mathilde Panot.

Beberapa perhimpunan turut diadakan di pelbagai bandar di Maghribi dan Tunisia.

Di utara Maghribi, satu perhimpunan yang dianjurkan oleh kumpulan pro-Palestin, Moroccan Initiative for Support mengesahkan sokongan mereka kepada rakyat Palestin.

Di Casablanca pula, satu perhimpunan menggesa tekanan ke atas Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa Barat lain yang pro-Israel untuk menghentikan sokongan mereka kepada serangan Israel di Gaza. – Bernama

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru