Protes undang-undang India terus memuncak

NEW DELHI: Protes terbaharu membantah undang-undang kewarganegaraan baharu yang dikecam sebagai anti-Muslim terus melanda India dengan enam dilaporkan maut di timur laut dan lebih 100 orang cedera di New Delhi.

Undang-undang sebelum ini diluluskan untuk memberikan kewarganegaraan bagi pendatang bukan Islam dari tiga negara jiran.

Namun pengkritik berkata, ia sebahagian daripada agenda nasionalis Perdana Menteri Narendra Modi untuk meminggirkan 200 juta penganut Islam di negara itu.

Keputusan membenarkan kewarganegaraan bukan Islam bagaimanapun turut ditentang ramai penduduk tempatan yang takut budaya mereka diancam oleh orang Hindu berbahasa Bengali.

Modi yang menegaskan beliau bukan anti-Muslim, berkata undang-undang kewarganegaraan adalah tepat dan umat Islam dari ketiga-tiga negara itu tidak perlu dilindungi kerana mereka tidak memerlukan perlindungan di India.

Dalam pada itu, malam Ahad lalu di Delhi, polis menggunakan baton dan menembak gas pemedih mata serta mengenakan tuduhan ke atas pelajar yang merusuh sebelum menyerang sebuah universiti.

Semalam, penunjuk perasaan berarak ke Delhi, Chennai, Bangalore dan Lucknow ketika beratus-ratus pelajar kebanyakannya Muslim, cuba menyerbu sebuah balai polis, melemparkan batu ke atas pegawai yang melarikan di belakang bangunan itu.

Ketegangan kekal tinggi di pusat utama bantahan di bandar ini yang terletak di Assam, dengan kawalan keselamatan ketat tentera mengawal jalanan.

Kira-kira 6,000 orang mengambil bahagian dalam bantahan baharu itu dengan ratusan polis memerhati ketika penunjuk perasaan menyanyi dan membawa kain rentang dengan kata-kata ‘panjang umur Assam.’-AFP

Suara Sarawak