KUCHING: Sebuah kenderaan jenis MPV, Proton Exora ditemui terbakar oleh orang awam di Jalan Song Thian Cheok berdekatan bangunan Maybank sekitar jam 1.46 awal pagi tadi.
Kenderaan milik seorang lelaki warga China itu, terbakar 95 peratus.
TERBAKAR…keadaan Kenderaan milik mangsa yang hangus terbakar
“Pasukan Bomba membuat pemadaman menggunakan salur bantu mula dari jentera sehingga kebakaran padam sepenuhnya.
“Insiden disahkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa,” jelas kenyataan itu. Menurutnya lagi punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Kes seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut.