ARTIKEL

Proton kekalkan jualan 12,666 unit pada Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 12,666 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Mac, untuk meningkatkan jumlahnya kepada 39,150 unit bagi suku pertama (S1) dengan jualan eksport 63 peratus lebih tinggi berbanding pada tahun lepas.

Dalam kenyataan hari ini, ia berkata bahagian pasaran Proton dianggarkan pada 19.3 peratus, kedua tertinggi dalam kalangan semua jenama automotif.

“Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif Malaysia dianggarkan pada 202,492 unit untuk tiga bulan pertama 2024, menyamai pertumbuhan 5.1 peratus,” kata pengeluar kereta nasional itu. 

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah, berkata suku pertama 2024 berakhir secara positif bagi Proton.

Tanpa faktor luaran yang menggalakkan pertumbuhan jualan tahun ini, angka yang dicapai menawarkan bacaan permintaan pasaran yang lebih tepat.

Industri automotif di Malaysia terus rancak, dan ini terbukti dengan pertumbuhan keseluruhan dalam TIV.

BERITA LAIN

Nikmati tawaran bermusim HONOR Magic

KUCHING: Berikutan permintaan tinggi HONOR Magic6 Pro dalam warna unggu awan (cloud purple), HONOR bakal membawakan varian tersebut dan pembelian bermula pada 31 Mei ini.

Langkah lebih adil, tepati keperluan

KUALA LUMPUR: Komitmen kerajaan untuk melaksanakan penyasaran subsidi bahan api diesel disifatkan menepati keperluan rakyat dan ia langkah lebih adil dalam mengagihkan bantuan kepada golongan

BERITA TERBARU