ARTIKEL

Proton lancar Saga edisi ulang tahun

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Proton Holdings Bhd semalam melancarkan Saga Edisi Ulang Tahun secara maya melalui media sosial buat pertama kalinya bersempena ulang tahun Proton Saga ke-35.

Edisi itu adalah bagi meraikan Proton Saga pertama yang dihasilkan pada 1985 sekali gus mencatatkan sebanyak 4,150,035 unit yang telah dikeluarkan bagi model itu.

Pengeluar kereta itu berkata Edisi Ulang Tahun berkenaan hanya terhad kepada 1,100 unit dengan warna hitam dan kuning yang eksklusif pada luaran dan dalaman kereta.

Ia berharga RM39,300, sama seperti Saga Premium AT yang sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualan.

“Proton Saga merupakan kereta yang menaikkan nama Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara sehingga kini,” menurut Pengerusi Proton Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam kenyataan.

Model Edisi Ulang Tahun ini turut disertai pakej aksesori termasuk ‘skirting’ depan dan sisi, visor pintu, ‘hood insulator,’ ‘trunk lid cover’ dan ‘boot tray’ berharga RM2,035.

“Ia boleh dibeli secara berasingan dan digunakan untuk model Saga 2019 dan pakej ulang tahun ini menawarkan kos penjimatan sebanyak RM315 berbanding RM2,350 jika dibeli secara berasingan,” kata Proton. – Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kuching selamat, cantik, pintar

BANDAR raya yang cantik, bersih, tersusun, moden dan lengkap dengan segala kemudahan dan kelengkapan sentiasa menarik untuk dikunjungi. Bergantung pada sumber, senarai bandar raya yang