Proton Saga musnah terbakar

MIRI: Sebuah kenderaan dilaporkan musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Kuala Baram, Lopeng di sini semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, Pusat Gerakan Operasi Sarawak menerima laporan kejadian tersebut sekitar jam 2.17 petang.

Menurutnya, enam anggota bomba bersama sebuah daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kereta Proton Saga telah musnah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba bertindak menggunakan satu aliran salur bantu mula untuk memadam kebakaran sehingga api padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ujarnya, operasi ditamatkan pada jam 3.03 petang selepas keadaan selamat sepenuhnya.

Suara Sarawak