ARTIKEL

Kredit: Proton | BERNAMA

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan usahanya dalam meningkatkan ciri keselamatan di seluruh barisan modelnya.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd Roslan Abdullah berkata pengiktirafan itu menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif pengeluar kereta nasional itu dan kemajuan penting yang dicapai untuk memastikan kesejahteraan pelanggan.

“Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif serta aktif, terutamanya model terbaru kami, Proton S70 dan Proton X90 yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Peringatan Memandu Keletihan (FDRS) untuk mengurangkan risiko keletihan pemandu,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) terlaris PROTON, iaitu Proton X50 dan Proton X70, kedua-duanya adalah model bertaraf 5 bintang.

Proton X50 yang dilancarkan 2024 mempunyai enam beg udara sistem penahan tambahan, kawalan kestabilan elektronik, bantuan pemandu lanjutan tahap dua sistem dan sistem pemantauan tekanan tayar. 

Selain daripada anugerah tersebut, acara ASEAN NCAP dua kali setahun yang diadakan di Universiti Teknologi King Mongkut, Bangkok Utara itu menampilkan sesi bernas mengenai protokol dan teknologi keselamatan terkini. 

ASEAN NCAP ialah usaha kerjasama antara Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia dan NCAP Global yang bertujuan untuk meningkatkan standard keselamatan, kesedaran pengguna dan menggalakkan pasaran bagi kenderaan yang lebih selamat dalam komuniti ASEAN. — BERNAMA

BERITA LAIN

Gas asli pastikan lampu rumah menyala

KEKAYAAN sumber gas asli yang ditemukan di ketiga-tiga wilayah – Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak – di negara ini, membolehkan penduduk menikmati bekalan tenaga mampu

Teroka tenaga kerja berkemahiran tinggi

BINTULU: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sering menjadi agenda utama pendidikan negara dalam menyediakan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, sejajar dengan keperluan industri

BERITA TERBARU