ARTIKEL

Proton tingkat prestasi pusat servis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd memperkenalkan inisiatif kecemerlangan operasi Proton (POE) untuk meningkatkan prestasi pusat servisnya di seluruh negara dan memupuk kepercayaan terhadap komitmennya kepada kecemerlangan.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, inisiatif tersebut bermula dengan 13 cawangan perintis dan disepadukan secara progresif ke semua cawangan 3S (jualan, servis dan alat ganti) dan 4S (perkhidmatan jualan, servis, alat ganti serta badan dan cat) di seluruh negara.

“Pendekatan berperingkat ini menekankan komitmen Proton terhadap pelaksanaan yang sistematik, memastikan kecemerlangan operasi di setiap titik sentuh pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Proton, bidang tumpuan POE termasuklah pematuhan kepada proses perkhidmatan berkualiti tinggi, kecekapan juruteknik, integrasi sistem pengurusan pengedar (DMS) yang bakal dilancarkan, dan memupuk kepercayaan terhadap jenama.

Antara strategi yang diperkenalkan termasuklah mendapatkan tarikh servis pilihan dan menyelaraskan proses perkhidmatan dengan keperluan pelanggan serta pembangunan juruteknik menerusi program latihan komprehensif bagi memastikan peningkatan kemahiran yang berterusan.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Roslan Abdullah berkata dengan rangkaian 3S/4S daripada 155 cawangan peningkatan kapasiti gudangnya mengurangkan dengan ketara masa penghantaran iaitu sekurang-kurangnya 30 peratus.

“Ia, membolehkan kami menyimpan lebih banyak alat ganti, menyelaraskan pemprosesan pesanan, mengendalikan penghantaran ke luar negara dan mengekalkan stok barangan kritikal yang lebih besar untuk membaiki kereta pelanggan dengan lebih cepat,” katanya.

Roslan berkata Proton membuka dua gudang baharu di Semenanjung Malaysia, selain gudang baharu di Kuching dan tidak lama lagi akan membuka sebuah lagi di Kota Kinabalu untuk memenuhi permintaan dan bekalan alat ganti di Sarawak dan Sabah,” katan

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU