ARTIKEL

PROTUNe 2023 raih pendapatan lebih RM2.48 juta dalam tempoh 10 bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SHAH ALAM: Program Tunas Niaga 2023 (PROTUNe 2023) anjuran Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjaya meraih pendapatan  RM2.48 juta dalam tempoh 10 bulan mulai Mac lepas, hasil perniagaan yang diusahakan 1,225 usahawan muda daripada 49 sekolah menengah negeri ini. 

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan dan Keusahawanan) PKNS Suhaimi Kasdon berkata pihaknya berbesar hati kerana dapat meneruskan kesinambungan legasi PROTUNe sejak 1998 dengan sokongan dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. 

“PKNS terus komited melaksanakan inisiatif PROTUNe ini bagi merancakkan dunia keusahawanan dalam kalangan masyarakat terutamanya pelajar menerusi pendedahan, bimbingan dan latihan serta galakan berniaga yang diberi dari peringkat awal ke arah melahirkan usahawan yang berilmu serta berjaya,” katanya pada Majlis Konvensyen PROTUNe 2023, di sini semalam.

Suhaimi berkata program tersebut disifatkan berjaya apabila menerima penyertaan menggalakkan iaitu seramai 29,300 pelajar dan 2,344 guru pembimbing, melibatkan penubuhan 1,152 syarikat sejak 1998 sehingga kini.

“Pada tahun lepas sahaja, seramai 1,225 penyertaan diterima terdiri daripada pelajar tingkatan satu hingga lima, dengan bimbingan 98 guru dari 49 sekolah menengah terpilih di Selangor,” katanya.

Sepanjang 10 bulan program berlangsung peserta diberikan bimbingan serta latihan meliputi pelbagai modul antaranya Kursus Training of Trainers Guru Pembimbing, Kursus Ahli Pengurusan Syarikat Program Tunas Niaga, Bengkel Penyediaan Laporan dan Pembubaran Syarikat, kata Suhaimi.

Konvensyen PROTUNe peringkat negeri Selangor hari ini merupakan landasan tepat bagi PKNS untuk memilih syarikat terbaik menerusi 10 kategori anugerah yang dipertandingkan termasuk penganugerahan piala pusingan Anugerah Syarikat Terbaik. 

PROTUNe diadakan bermatlamat untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar Bumiputera khususnya di sekolah luar bandar menerusi kursus bimbingan dan Karnival Usahawan PKNS yang berkaitan dengan perjalanan syarikat, latihan keusahawanan dan perniagaan secara praktikal.  – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Orchidmas sasar eksport orkid

KUCHING: Orchidmas International LLC, anak Syarikat Orchidmas Sdn Bhd yang berpangkalan di Putrajaya menyasarkan untuk mengeksport orkid Malaysia ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE),

TNB guna kenderaan elektrik

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga terkemuka Malaysia, Tenaga Nasional Bhd (TNB) komited kepada peralihan tenaga yang pantas dan bertanggungjawab, akan menggantikan 30 peratus daripada kenderaan operasinya

BERITA TERBARU

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais