PRS bantu stabilkan negara

KUCHING: Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah melaksanakan objektif pertama dan utamanya iaitu untuk menstabilkan negara.

Presidennya Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata, objektif pertama dan utama adalah untuk menstabilkan negara dalam menyelesaikan kebuntuan pelantikan Perdana Menteri dengan memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

“Objektif kedua PRS adalah untuk memenuhi kepentingan Sarawak dan rakyatnya.

“Objektif ketiga, PRS akan meletakkan penggubal dasar dalam sesuatu jawatan bagi membantu pentadbiran negara,” ujarnya.

Beliau turut berkata, ia harus berdasarkan pada perintah itu.

“Pelantikan untuk jawatan adalah yang terakhir… keutamaan adalah untuk berkhidmat kepada rakyat Sarawak,” katanya.

Suara Sarawak