Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

PRU-15: Duke Janteng serah kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk bertanding di Bintulu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DUKE JANTENG

BINTULU: Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bintulu, Duke Janteng menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan sama ada akan bertanding di kerusi Parlimen Bintulu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurutnya, setakat ini beliau belum menerima sebarang arahan daripada pucuk pimpinan tertinggi parti berhubung perkara itu.

“Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukannya, tetapi setakat ini belum ada apa-apa arahan.

DUKE JANTENG

“Sama ada Bersatu akan bertanding atau sebaliknya. Tetapi bagi saya sebagai Ketua Bahagian Bersatu bagi P217 Bintulu, kami sudah bersedia pada bila-bila masa,” katanya ketika dihubungi.

Tegasnya lagi, beliau tidak terkilan sekiranya parti itu tidak meletakkan calon bagi merebut kerusi tersebut pada PRU-15 ini, sebaliknya akan terus memberi fokus menjaga kebajikan rakyat serta memastikan ekonomi negara dapat dibina dengan penuh integriti dan komitmen.

“Ia selaras dengan matlamat perjuangan Bersatu di Bintulu yang menfokuskan 60 peratus kepada kebajikan rakyat, manakala tumpuan kita terhadap politik hanyalah 40 peratus,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Parlimen Bintulu dijangka bakal menyaksikan pertarungan lebih dari dua penjuru pada PRU-15 ini.

Pakatan Harapan berkemungkinan besar akan meletakkan calon terbaik daripada Parti Tindakan Rakyat (DAP) untuk menentang penyandang enam penggal kerusi Parlimen Bintulu Datuk Seri Tiong King Sing yang bertanding di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Presiden Parti Demokratik Progresif(PDP) itu mengekalkan kerusi tersebut pada PRU-14 selepas memperoleh majoriti 7,022 undi, menewaskan calon DAP Tony Chiew Chan Yew dan Cheng Lea Phing daripada Parti Reformasi Negeri Sarawak (Star).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru