CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

PRU-15: Hari mengundi 19 November, penamaan calon 5 November

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam satu sidang akhbar sebentar tadi selepas mesyuarat khas di Ibu Pejabat SPR bagi menentukan tarikh penting PRU-15.

Sementara, beliau berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 November manakala hari mengundi awal pada 15 November.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 5 November 2022 (Sabtu) sehingga jam 11.59 malam, 18 November 2022 (Jumaat),” katanya.

Pada masa sama, Abdul Ghani berkata urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara telah dibuka bermula daripada 10 Oktober untuk PRU-15.

Katanya permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C Agensi / Organisasi) dilaksanakan secara dalam talian.

Menurutnya, sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 222 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) akan digunakan.

SPR membuat pengumuman penting itu selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi memberi laluan kepada PRU-15.

Baca lain  Anwar harapan sekatan masuk Sarawak ditarik balik

PRU-15 melibatkan sebanyak 222 kerusi Parlimen dan sebahagian sahaja kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan empat negeri sudah melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini selain ada negeri tidak membubarkan DUN.

Negeri yang melaksanakan PRN sebelum ini antaranya Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Pada masa sama, PAS juga kekal dengan pendirian untuk tidak membubarkan DUN melibatkan Terengganu, Kelantan, dan Kedah.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru