ARTIKEL

PSB bakal dibubar, bergabung dengan PDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka dibubarkan sebelum sambutan Tahun Baharu Cina (CNY) tahun depan selepas parti tersebut menerima ‘lampu hijau’ untuk kira-kira 80,000 ahli menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) secara serentak.

Timbalan Presiden I PSB Dr Johnical Rayong Ngipa berkata perkara tersebut dimaklumkan Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh kepada beliau pada Ahad dan mereka akan merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terlebih dahulu bagi mengetahui prosedur pembubarannya.

Beliau berkata proses seterusnya diikuti mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membubarkan PSB manakala PDP juga akan mengadakan EGM untuk menerima kemasukan bekas ahli-ahli parti tersebut.

“Kami rancang untuk bubar PSB, iaitu kami akan berada di bawah payung besar PDP dan sudah tentunya akan menjadi sebahagian daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya kepada media pada majlis sambutan Pra-Krismas dan Tahun Baharu 2024 PDP di sini, Ahad malam.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 pada 2021, PSB bertanding sebagai parti pembangkang dan hanya mampu memenangi empat daripada 82 kerusi yang dipertandingkan, menerusi Soon Koh di Bawang Assan, Dr Rayong (Engkili), Baru Bian (Ba Kelalan) dan See Chee How (Batu Lintang).

Pada Ogos tahun lepas, See telah bertindak keluar dari PSB dan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) bebas dalam DUN Sarawak.

Pada 13 Julai lepas, PDP yang diwakili Presidennya Datuk Seri Tiong King Sing dan Soon Koh yang mewakili PSB telah menandatangani satu memorandum persefahaman bagi menjalin kerjasama untuk melihat kemakmuran dan kestabilan politik dalam negara. 

Selain PDP, GPS yang merupakan gabungan parti tempatan Sarawak turut melibatkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Dr Rayong berkata langkah menyertai PDP adalah tanpa syarat dengan hasrat untuk sama-sama memainkan peranan membangun dan memajukan Sarawak menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2030.

“Kami lupakan latar belakang politik dan ideologi. Kami bergabung dalam satu parti dan menyokong kepimpinan Premier (Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan seterusnya menyokong kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di peringkat Persekutuan,” tambahnya.– BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Ayahanda sentiasa ada masa untuk keluarga – Bekir

KUCHING: “Ayahanda (Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud) merupakan seorang bapa yang sentiasa meluangkan masa lapang dengan anak-anaknya walaupun sibuk menjawat jawatan sebagai menteri,” kata

Samarahan, Serian bahagian jangkitan rabies

KUCHING : Bahagian Samarahan dan Serian diisytiharkan sebagai Bahagian Jangkitan Rabies berikutan kes positif rabies membabitkan haiwan dikesan di kedua-dua bahagian itu, baru-baru ini. Ini

BERITA TERBARU

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,

Lee Dong Wook kenang kisah lama

MENERUSKAN kerjaya di tengah-tengah persaingan sengit dalam industri hiburan Korea Selatan bukanlah perkara mudah bagi artis baharu, termasuk Lee Dong Wook.  Dong Wook berkongsi pengalaman

Penjagaan kebun musim hujan

MUSIM hujan, adakalanya menjadi kelebihan kepada tanaman kerana keperluan airnya mencukupi. Secara tidak langsung, anda tidak perlu menyiram. Bagaimanapun, musim hujan juga antara punca tanaman