ARTIKEL

DR Rayong semasa ditemui media pada majlis tersebut.

PSB dijangka dibubar sebelum Tahun Baru Cina, sertai PDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) dijangka akan dibubarkan bagi membolehkan ahli parti itu menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) sebelum Tahun Baru Cina ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PSB merangkap ADUN Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa kepada media pada malam tadi (24 Disember) semasa menghadiri Majlis Makan Malam Pra Krismas dan Tahun Baharu 2024 anjuran PDP di sini.

TIONG semasa mengucapkan Selamat Hari Krismas dengan hadirin pada majlis tersebut.

“Pembubaran (PSB) akan dilakukan bagi membolehkan kami menyertai PDP yang dijangka berlaku sebelum Tahun Baharu Cina ini.

“Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini oleh Presiden PSB Dato Seri Wong Soon Koh yang mana kami telah mendapat lampu hijau untuk menyertai PDP,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Rayong tidak menyatakan dengan jelas siapa yang memberikan mereka lampu hijau untuk menyertai PDP.

Menurutnya lagi, lebih 80,000 ahli PSB di seluruh Sarawak akan menyertai parti berkenaan.

“Kami bercadang membubarkan PSB untuk menyertai PDP bermaksud kami akan berada di bawah naungan badan PDP. Sudah tentu kami akan menjadi sebahagian daripada GPS nanti.

“Tetapi terlebih dahulu, kita perlu merujuk kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak melanggar Undang-undang Anti Lompat Parti,” jelas beliau.

Bagi proses menyertai PDP jelas beliau, PSB akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan membubarkan PSB.

“PDP juga akan memanggil AGM bagi pihaknya, untuk menerima kami (menyertai PSB).

Begitulah prosesnya.

Kami menyasarkan perkara ini berlaku secepat mungkin iaitu sebelum Tahun Baharu Cina ini,” tegas beliau.

Ditanya mengenai jawatannya dan pemimpin lain dalam PSB, selepas mereka menyertai PDP, beliau berkata tiada syarat ditetapkan.

“Tanpa syarat. Tiada terma dan syarat ditetapkan untuk menyertai PDP.

Kami serahkan kepada Presiden PDP) (Datuk Seri Tiong King Sing) untuk memutuskannya (jawatan mereka) dan kami akan terus menyokong beliau (Tiong sebagai Presiden PDP),” ujar beliau.

Sementara itu, dalam ucapannya pada majlis tersebut Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing menyeru ahli PDP supaya bersedia menerima ahli baharu daripada PSB.

“Saya ingin menggesa khususnya dari PDP, kita mesti bersedia untuk menerima ahli PSB ke dalam PDP tidak lama lagi,” jelas beliau yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap ADUN Dudong.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU