ARTIKEL

Tiong (tiga kanan) menyerahkan baju parti ke Soon Koh (tiga kiri).

PSB sah dibubar, Wong Soon Koh dilantik Naib Presiden Kanan PDP

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Parti Sarawak Bersatu (PSB) sah dibubar dan ahlinya akan menyertai Parti Demokratik Progresif (PDP) dengan melantik Presiden PSB, Datuk Seri Wong Koh, sebagai Naib Presiden Kanan PDP.

Presiden PDP, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PDP malam ini, mereka sebulat suara melantik Soon Koh sebagai Naib Presiden Kanan PDP manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong Ngipa, dan ADUN Ba’kelalan, Baru Bian, masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden PDP.

“Ini dibuat mengikut perlembagaan parti, dan perkara lain akan bincang kemudian,” katanya berucap pada Majlis Mengalu-alukan Ahli PSB menyertai PDP sebentar tadi.

Jelas beliau, pelantikan Soon Koh ke jawatan tersebut berdasarkan pengalamannya yang luas dalam politik dan PDP memerlukan cadangan, pandangan dan nasihat ahli politik veteran itu.

Tiong, yang juga Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, merakamkan penghargaannya kepada pemimpin tertinggi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang merestui dan menyokong usaha PDP yang telah menerima bekas ahli-ahli PSB.

“Hari ini mencipta sejarah dalam landskap politik negeri Sarawak di mana PDP dan bekas ahli PSB menjadi satu entiti.

“Dengan kerjasama seumpama ini, kita akan lebih kuat lagi untuk berkhidmat kepada rakyat,” jelas Ahli Parlimen Bintulu itu.

Justeru, Tiong menggesa ahli-ahli PDP untuk menerima bekas ahli-ahli PSB ke dalam parti untuk sama-sama berkhidmat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU