PSB tidak lagi berebut kerusi dengan SUPP

SRI AMAN: Bebas untuk bertanding di banyak kerusi menjelang pilihan raya negeri akan datang merupakan salah satu sebab Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh meletak jawatan daripada kabinet.

Beliau mendedahkan perkara itu semasa menghadiri Majlis Ngiling Bidai Gawai anjuran PSB Cawangan Simanggang di Dewan Suarah Sri Aman di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, jika PSB masuk GPS, mereka perlu berebut pengagihan kerusi dengan SUPP.

“Oleh itu, lebih baik kita berada di luar GPS apabila kita bebas bertanding di banyak kerusi.

Malah kita bebas membuat keputusan dan perkara ini saya majukan kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa bertemu dengannya pada Khamis lalu,” jelasnya.

Suara Sarawak