ARTIKEL

PSB tidak sepatutnya bertanding di kerusi ditandingi PKR – Abun Sui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) tidak sepatutnya bertanding di kerusi yang akan ditandingi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti, kata Ketua Penerangan PKR Sarawak Abun Sui Anyit.

Tegasnya tindakan PSB itu hanya akan menjejaskan sokongan serta memecahkan undi terhadap pembangkang.

“Kami sudah lama mahu berunding dengan PSB tetapi mereka memilih untuk turut bertanding di kerusi yang ditandingi Keadilan.

“Contohnya bagi kawasan Hulu Rajang, PSB sepatutnya memberi laluan kepada kami di Belaga dan Murum kerana Keadilan sudah lama bertapak di Hulu Rajang sedangkan PSB baru sahaja datang dalam tahun ini,” katanya yang dihubungi, hari ini.

Bagaimanapun bagi parti komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah, Abun berkata ketiga-tiga parti itu sudah bersepakat dalam pengagihaan kerusi untuk ditandingi.

“Hampir semua kerusi sudah selesai disepakati cuma ada beberapa kerusi masih dalam rundingan untuk meletakkan parti dan calon mana yang benar-benar boleh memberi saingan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan seterusnya boleh membawa kemenangan kepada PH Sarawak,” katanya.

Baca lain  Ambil kira pendapatan keluarga

Menjelas lanjut, beliau berkata PKR dijangka akan bertanding di 49 kerusi dan semua calon bagi kerusi berkenaan juga sudah diputuskan.

“Keadilan akan bertanding menggunakan logo sendiri, ini sudah diputuskan khas untuk PRN-12 Sarawak oleh semua komponen PH Sarawak,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU