Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

PSKPP lakar kemenangan Liga Tenpin Boling

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
HEBAT... Barisan pemain pasukan PSKPP (dari kiri) William Muge, Fuad Samsudin dan Rozalina Baharuddin.

KUCHING: Pasukan PSKPP melakar kemenangan (20-0) ke atas Pushpins pada saingan Liga Tenpin Boling Perkhidmatan Awam yang berlangsung di Megalanes Sarawak, Batu Kawa.

Kemenangan itu mengekalkan penguasaan pasukan terbabit di tangga teratas liga dengan menggumpul 117.72 mata.

Sementara itu,pesaing mereka iaitu pasukan Suk Bowler pula jatuh ke tangga kedua meskipun melakar kemenangan (13-7) ke atas Ngap Sayot sekali gus menggumpul 112.85 mata.

HEBAT… Barisan pemain pasukan PSKPP (dari kiri) William Muge, Fuad Samsudin dan Rozalina Baharuddin.

Turut mencuri tumpuan pertembungan pasukan Boss dan Charlie Strikers yang sekadar terikat (10-10).

Namun kedudukan ketiga milik pasukan Boss selepas menggumpul 101.14 mata keseluruhan.

Dalam pada itu, pasukan Ngap Sayot, SDO Mix, Charlie Strikers, Thumbprint, Pushpins, Medix, LCDA Bolts, Suk Jr. Bowlers dan The Musketeers Jr pula masing-masing menduduki tangga keempat hingga ke-12.

Manakala Abu Seman Umar mengungguli kategori Individual High Game (Scratch), Individual High Series (Handicap) dan Best Senior (Handicap) selepas melakukan 247, 831 dan 831 jatuhan pin.

Abang Muhammad Sufian pula menduduki tangga kedua Individual High Series (Scratch) dengan 839 jatuhan pin.

Suk Bowler terus kekal mendahului kategori Team High Game (Scratch) sambil pasukan Boss di tempat kedua dalam kategori Team High Game (Handicap) dengan 617 pin.

Suk Bowler turut mengemudi kategori Team High Series (Scratch) dengan 2250 jatuhan pin.

Sambil PSKPP menguasai kategori Team High Series (Handicap) dengan 2336 jatuhan pin.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru