ARTIKEL

Datuk Abdul Halim Kader - Foto BERNAMA

PSM ditawar hak penganjuran Piala Asia 2025 — ASTAF

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) telah menawarkan hak penganjuran kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) sebagai tuan rumah Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025 (Asia Cup 2025) yang diperkenalkan oleh ASTAF buat julung kalinya.

Presiden ASTAF Datuk Abdul Halim Kader dalam kenyataan semalam memaklumkan tawaran berkenaan dibuat Jawatankuasa Tertinggi ASTAF dalam mesyuaratnya di Bangkok, Thailand baru-baru ini setelah mesyuarat sebulat suara membuat keputusan melantik Malaysia selaku tuan rumah.

Justeru, beliau berharap supaya badan induk sukan yang diterajui Datuk Mohd Sumali Reduan dan Majlis Tertinggi PSM itu dapat mempertimbangkan tawaran terbabit dengan sebaiknya. 

Abdul Halim berkata faktor utama Malaysia diberi kepercayaan dan ditawarkan hak penganjuran Piala Asia 2025 bersandarkan kepada 10 asas kukuh dan praktikal antaranya Malaysia berjaya menganjurkan Kejohanan Piala Dunia Sepaktakraw Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dengan cemerlang pada 16-26 Mei lepas. 

“… apa yang lebih mustahak adalah keprihatinan (Menteri Belia dan Sukan) Hannah Yeoh yang membolehkan PSM merealisasikan matlamat pelaksanaan penganjuran ISTAF World Cup Sepaktakraw melalui pemberian geran penajaan sukan berjumlah RM1 juta.

“Kejohanan yang julung kalinya diadakan ini bertujuan menjadikannya sebagai medan ujian bagi negara-negara yang akan terlibat dengan Sukan SEA Bangkok, Thailand 2025,” katanya menerusi kenyataan semalam. 

Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung ISTAF berkata format bagi tiga acara akan dicadangkan kepada Federasi Sukan SEA di Bangkok melibatkan acara regu berpasukan, regu, double dan quadrant.

BERNAMA 

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP