Trending

PSS sedia terima kembali PESTAB

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) sedia menerima kemasukan semula Persatuan Sepak Takraw Bahagian Betong (PESTAB) sebagai ahli gabungan badan induk berkenaan.

Ia sekiranya barisan exco baharu yang bakal menerajui tampuk kepimpinan PESTAB sedia menyatakan keinginan untuk kembali ke pangkuan PSS.

Presiden PSS Datuk Ismail Abang Saufi menegaskan, tiada masalah di pihaknya untuk menerima kembali PESTAB sebagai ahli gabungan.

“Pintu sentiasa terbuka, sama seperti yang dilakukan oleh Persatuan Sepak Takraw Bahagian Bintulu (PSTB) yang telah kembali semula ke pangkuan PSS,” ujar Datuk Ismail kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, PSS sememangnya memerlukan ahli gabungan yang besar dalam usaha memartabatkan serta merancakkan tranformasi pembangunan sukan tradisional negara itu khususnya di Sarawak.

“Saya yakin apabila PESTAB kembali menjadi ahli gabungan PSS kelak, akan dapat memperhebatkan potensi bakat baharu dari kawasan berkenaan untuk diketengah ke peringkat lebih tinggi,” tambah beliau.

PRESIDEN PSS…Datuk Ismail Abang Saufi.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru