ARTIKEL

PT Resources raih untung bersih RM36.47 juta bagi TK2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih PT Resources Holdings Bhd melonjak sebanyak 72.8 peratus kepada RM36.47 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2023 (TK2023) daripada RM21.11 juta, setahun sebelumnya.

Perolehan hasil bagi tempoh itu turut meningkat sebanyak 43.9 peratus kepada RM502.61 juta daripada RM349.14 juta susulan keuntungan lebih tinggi yang merentasi kumpulan berkenaan.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, pengeluar makanan laut sejuk beku itu berkata prestasi itu turut disumbangkan oleh pertambahan permintaan berikutan peralihan ke fasa endemik COVID-19.

Bagi tempoh suku akhir TK2023, keuntungan bersih PT Resources mencecah RM18.64 juta daripada RM4.23 juta setahun sebelumnya manakala perolehan hasil juga naik kepada RM146.51 juta daripada RM73.76 juta, sebelum ini.

Pengarah Urusan PT Resources Heng Chang Hooi dalam satu kenyataan berkata prestasi kewangan kumpulan dalam suku berkenaan turut didorong oleh kenaikan keuntungan kasar sebanyak 180.4 peratus kepada RM20.8 juta berbanding suku keempat bagi tahun kewangan 2022 (S4 TK2022).

Selain itu, katanya, margin keuntungan kasar juga meningkat kepada 14.2 peratus berbanding 10.0 peratus pada S4 TK2022 susulan harga kompetitif menerusi pembelian secara pukal.

Permintaan domestik pula menokok 22.9 peratus manakala permintaan luar negara melonjak 215.1 peratus, khususnya berikutan pembukaan semula ekonomi di negara yang menjadi tumpuan operasinya.

“Kami menyasarkan peningkatan permintaan dalam industri (makanan) sedia dimakan atau sedia untuk dimasak di China.

“Menerusi usaha memanfaatkan perniagaan teras syarikat, kami membekalkan sejumlah besar bahan mentah kepada industri makanan terbabit, termasuk syarikat pengeluaran makanan di China,” katanya.

Beliau turut berkongsi keyakinan terhadap masa depan kumpulan sejajar dengan usaha pengembangan di Asia Tenggara, termasuk di China.

“Di samping itu, kami juga merancang untuk mempelbagai rangkaian makanan laut serta produk lain dengan mendapatkan sumber bekalan dari Indonesia menerusi anak syarikat baharu, PT MCI International Indonesia dan PT Resources International Group,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU