ARTIKEL

Pua kumbu Melia ke Paris

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Minat terhadap penampilan cantik dan tampan ketika usia muda membuatkan Datin Melia Gelen menceburi bidang fesyen. Pengasas De’mlya Pua ini menceburi bidang fesyen pada 2015 setelah menghadiri Minggu Fesyen Mercedes-Benz Stylo Asian (AFW) di Hotel Pullman, Kuching.

“Pada malam itu, ramai model memperagakan fesyen sangat menarik.

“Ia dianjur oleh Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Nancy Yeoh daripada Stylo dan kumpulannya.

“Malam itu pula, saya memakai gaun malam yang rekaan sendiri bermotifkan pua kumbu,” katanya kepada Suara Sarawak.

Tambah Melia, usai acara itu beliau didatangi penganjur dan menjemput saya mengikuti Minggu Fesyen Malaysia di Kuala Lumpur.

“Sejak itu, saya melangkah ke dunia fesyen.

Saya membawa hati berani dan niat yang jujur untuk menonjolkan tekstil pua kumbu hasil buatan tangan kaum Iban dari Sarawak.

“Pada masa itu, saya berjumpa dengan pereka kasut terkenal Datuk Jimmy Choo. Beliaulah yang mendorong saya untuk membuat kasut menggunakan tekstil pua kumbu,” jelasnya.

Menurutnya, De’ Mlya Pua merupakan jenama beliau sendiri yang dilancarkan pada 13 September 2017.

“Sekarang saya menghasilkan berbagai produk seperti pakaian fesyen, kasut dan tas tangan yang bercorak pua kumbu.

Pua kumbu banyak dihasilkan oleh wanita Iban di rumah panjang dan kebanyakan dibuat adik saya sendiri di Kapit,” tegasnya.

Katanya lagi, tekstil upacara ritual dalam komuniti Iban sering digunakan untuk hiasan di dinding dan sebagainya.

“Sekarang saya mengubahnya menjadi fesyen.

Bagi fesyen, saya menggunakan pua kumbu berkualiti premium yang diperbuat daripada benang sutera dan pewarna semula jadi seperti akar, kulit dan daun kayu yang dapat dari hutan rimba di Sarawak,” ujarnya.

Kata Melia, sebagai kaum Iban dari Sarawak beliau menganggap ia tanggungjawabnya untuk mempromosikan pua kumbu ke dunia fesyen.

“Pua kumbu satu-satunya tekstil sebagai identiti kaum Iban dari Sarawak yang kita banggakan selama ini,” katanya.

Beliau berazam untuk menonjolkan pua kumbu ke peringkat tinggi memberitahu, tekstil pua kumbu atau penggunaan sebelum ini terkenal untuk kegunaan ritual dalam kalangan kaum Iban.

“Sebahagiannya orang gunakan sebagai lapis meja atau untuk hiasan dinding tetapi sekarang saya mengubahnya menjadi fesyen.

“Justeru, saya yakin dengan pasaran pua kumbu yang laris di industri fesyen kerana ia sangat luar biasa dan unik,” katanya.

Tambahnya, pua kumbu juga sesuai digunakan dalam dunia fesyen moden.

Sama seperti dunia fesyen lain, terdapat cabaran didepani oleh penggiatnya.

Begitu juga dengan Melia, banyak cabaran menduganya sepanjang terlibat dunia fesyen.

Beliau pula harus mempunyai pengetahuan tinggi mengenai penghasilan pua kumbu.

“Saya sendiri pernah membuat berapa helai pua kumbu sebelum ini.

“Saya perlu tahu corak yang sesuai untuk diangkat menjadi fesyen.

Contohnya, baju lelaki atau wanita termasuk corak apa yang sesuai diguna oleh keduanya ke Paris.

“Sebenarnya pada zaman dahulu, bukan semua corak dapat digunakan lelaki atau wanita.

“Kebanyakan corak yang saya gunakan motif pua kumbu, idea saya sendiri.

“Saya pastikan corak itu sesuai untuk dipakai oleh semua peringkat umur bangsa dan agama.

“Saya pastikan corak itu bukan yang di gunakan untuk ritual,” tegasnya.

Dari segi pemasaran pula, kata Melia, selain baju fesyen beliau turut menghasilkan selendang, tali leher, gaun malam, blaus, jaket dan sebagainya.

“Malah tekstil pua kumbu bersaiz kecil sesuai dijadikan sebagai hadiah kepada orang istimewa,” katanya.

Produk De’ Mlya kata Melia, turut mendapat pesanan dari Paris, Austria, New Zealand dan China.

 

LAIN-LAIN BERITA

Lelaki maut, jatuh Jambatan Batang Salak

KUCHING: Seorang lelaki menemui ajal selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai di Jambatan Batang Salak, Jalan FAC di sini, hari ini. Komander Operasi PBK II

Sasar latih 10,000 rakyat Sarawak secara percuma

KUCHING: Kementerian Sumber Manusia mensasarkan melatih seramai 10,000 rakyat Sarawak secara percuma dalam pelbagai jenis kursus sempena Minggu Latihan Kebangsaan yang akan bermula dari 24

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian