ARTIKEL

Rafizi Ramli | BERNAMA

Puad kritik PADU sebagai kegagalan formula Rafizi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Mohd Puad Zarkashi, mengkritik kegagalan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang diformulakan oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.

Puad mengatakan PADU membuktikan kegagalan ‘raja formula’ Rafizi, berpunca daripada kelemahan dalam sistem kerja serta komunikasi.

Menulis di Facebooknya, Puad menyatakan: “Itu sebab PMX minta Rafizi perjelas isu PADU kepada Kabinet. Kerajaan Sarawak secara terbuka negatif pada PADU. Ia ibarat telanjangkan diri, kata seorang menteri Sarawak.”

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta beberapa perubahan dilakukan kepada maklumat peribadi seperti diminta sistem PADU, antaranya akaun bank, hartanah dan pelaburan.

Bagaimanapun, Abdul Karim menegaskan pendirian itu tidak bermakna Kerajaan Sarawak tidak menyokong inisiatif Kerajaan Persekutuan, sebaliknya hanya meminta penelitian semula.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU