Trending

Puasa sihatkan badan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PUASA Ramadan ertinya menahan diri daripada makan dan minum, termasuk menahan diri daripada melakukan segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari selama sebulan. Hukum puasa wajib bagi umat Islam. Namun puasa sebenarnya bukan hanya diamalkan oleh umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam kerana kajian menunjukkan banyak manfaat serta kebaikan yang diperoleh melalui berpuasa khususnya dari segi kesihatan.

Secara saintifiknya, puasa ditakrifkan sebagai satu amalan yang melibatkan restriksi atau pembatasan kalori dalam satu jangka masa tertentu. Puasa telah menjadi amalan manusia selama berabad-abad dan dipercayai akan terus menjadi amalan kebiasaan bagi pelbagai bangsa, agama dan budaya pada masa hadapan.

Walaupun wujudnya perbezaan dari segi corak amalan, tempoh dan sebab berpuasa, secara umumnya, puasa mempunyai tujuan yang sama iaitu melambangkan pengorbanan dan menyucikan diri demi tuntutan agama, politik atau faktor kesihatan Dalam 10 tahun ke belakang, penyelidik berjaya membuat banyak penemuan terbaru berkenaan kebaikan puasa kepada manusia kerana ia adalah satu proses terapeutik yang sangat berkesan dalam membantu memulihkan keadaan kesihatan seseorang.

Puasa dapat membantu dalam proses penurunan berat badan dan peningkatan taraf kesihatan termasuk mencegah dan mengawal penyakit diabetes. Satu kajian dijalankan di Qatar melibatkan 1,301 pesakit diabetes Muslim berumur lebih 18 tahun. Hasil menunjukkan bahawa puasa Ramadan secara signifikan terkait dengan penurunan tahap kolesterol, tekanan darah dan glukosa dalam darah pesakit diabetes.

Selain itu, berpuasa juga menurunkan risiko penyakit kardiovaskular. Satu kajian dijalankan melibatkan 82 sukarelawan yang mempunyai sejarah penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun lalu, berumur antara 29 hingga 70 tahun.

Keputusan kajian membuktikan penurunan yang signifikan pada faktor-faktor risiko seperti kolesterol, tekanan darah sistolik, berat badan, indeks jisim badan (BMI) dan ukur lilit pinggang. Malah ada kajian menunjukkan bahawa berpuasa boleh melanjutkan usia kita.

Dalam satu kajian ke atas monyet menunjukkan bahawa puasa boleh melanjutkan usia dan mencegah penyakit yang terkait dengan penuaan. Kajian ke atas manusia juga menunjukkan hasil yang sama. Dari sudut kesihatan mental atau psikologi, puasa memberi kesan kepada mood seperti perubahan neurotransmitter, kualiti tidur dan sintesis faktor neurotropik.

Banyak pemerhatian klinikal juga mengaitkan kesan awal berpuasa pada gejala kemurungan dengan peningkatan mood, kewaspadaan dan rasa ketenangan yang dilaporkan oleh pesakit Selain itu, telah dibuktikan berpuasa mampu meningkatkan daya tumpuan. Fokus sebenarnya lebih baik semasa perut kosong berbanding dalam keadaan kenyang.

Perut yang penuh sebaliknya lebih membuatkan seseorang mengantuk. Puasa juga mampu mengurangkan risiko penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer, Parkinson dan Huntington. Begitu juga penyakit demensia atau mudah lupa. Jadi, puasa hakikatnya membuatkan otak kekal segar dan lambat nyanyuk. Terlalu banyak manfaat puasa yang ada, sama ada telah dibuktikan oleh kajian saintifik atau masih belum. Jangan sia-siakan peluang yang ada pada Ramadan ini untuk merebut semua kelebihan berpuasa dari sudut kesihatan

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Misi capai sifar karbon

SARAWAK mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar,

Buli haiwan sangat kejam

SEBELUM ini, ada cadangan penubuhan agensi Polis Haiwan bagi menangani kes berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru