ARTIKEL

Public Bank teruskan langkah kekang penipuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Public Bank akan terus mempertingkatkan langkah keselamatan untuk mengekang pelbagai modus operandi terhadap scam dan penipuan.

Ia berkata satu daripadanya melibatkan sindiket haram yang menawarkan kadar faedah rendah bagi pinjaman melalui platform media sosial.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Tan Sri Tay Ah Lek berkata bank itu sentiasa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani scam dan penipuan.

“Para pelanggan juga diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil tahu mengenai pelbagai modus operandi scam dan penipuan yang sedang berleluasa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Public Bank berkata, ia tidak meminta maklumat perbankan yang sensitif, fi pendahuluan untuk dibayar dalam akaun peribadi.

Ia juga tidak menawarkan jaminan kelulusan yang dapat menarik perhatian peminjam-peminjam tertentu.

Pelanggan dinasihatkan agar tidak melayani iklan yang menawarkan pinjaman melalui platform media sosial.

Sebaliknya, mereka dinasihatkan agar mengesahkan tawaran dalam iklan itu dengan institusi kewangan yang sah sebelum membuat permohonan, katanya.

Sementara itu, Public Bank telah melaksanakan lima langkah penting yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengekang penipuan kewangan dan menggalakkan pelanggan untuk menjaga kerahsiaan butiran perbankan mereka apabila membuat urus niaga perbankan dalam talian.

“Public Bank akan terus memastikan ia berada di hadapan dari segi amalan terbaik keselamatan dan akan terus melabur dalam sistem keselamatan perbankan untuk memberi keselamatan perbankan yang utuh kepada pelanggannya yang juga akan sentiasa dibekalkan dengan maklumat,” kata Tay.

Bank itu turut mengingatkan pelanggan agar berwaspada pada setiap masa semasa menjalankan urus niaga perbankan dalam talian.

“Ini termasuk memastikan frasa log masuk peribadi adalah sahih dan Uniform Resource Locator (URL) atau yang diistilahkan sebagai alamat laman mempunyai simbol mangga dan bar alamat hijau sebelum mencuba untuk log masuk.

“Ini akan membantu pelanggan dalam mengesahkan ketulenan laman web berkenaan memandangkan laman web phishing tidak dapat meniru maklumat rahsia ini,” katanya.

Pelanggan boleh mengetahui tentang pelbagai modus operandi scam dan penipuan melalui https://www.pbebank. com/onlinesecurity/index.html. – Bernama

BERITA LAIN

Pengunaan industri eksport catat kenaikan

KUCHING: Industri pembuatan beroperasi dengan kapasiti 80.8 peratus pada suku pertama 2024, berbanding kadar kapasiti 79.8 peratus yang direkodkan pada setahun lepas, kata Jabatan Perangkaan

BMW jual 4,300 kenderaan

SERDANG: BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023. Pengarah Urusan

MyKiosk mudahkan peniaga

SARATOK: Peniaga kecil tepi jalan di Saratok dan Roban boleh menarik nafas lega apabila permohonan mereka untuk mendapatkan kemudahan berniaga seperti MyKiosk diluluskan oleh kerajaan.

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.