ARTIKEL

Public Mutual umum agihan lebih RM92 juta bagi lapan dana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Public Bank, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM92 juta untuk lapan dana bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023.

Public Mutual dalam satu kenyataan hari ini berkata jumlah pengagihan kasar yang diumumkan termasuk PB Fixed Income Fund pada 3.5 sen seunit, PB Islamic Bond Fund (3.0 sen), PB Infrastructure Bond Fund (2.75 sen), PB Singapore Advantage-30 Equity Fund (1.0 sen) dan PB Balanced Fund (0.62 sen).

Dana lain yang turut diumumkan ialah Public Islamic Asean Growth Fund (1.0 sen), Public Institutional Bond Fund (0.60 sen) dan Public Islamic Savings Fund (0.10 sen).

Public Mutual ialah syarikat unit amanah swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 170 dana di bawah pengurusannya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Buka cawangan ikonik

GEORGE TOWN: Hong Leong Bank (HLB) meraikan lembaran baharu dengan pembukaan cawangan ikoniknya di Light Street, dekat sini, yang menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dan komuniti

BERITA TERBARU